aurat

petikan daripada perbincangan di blog http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=28025

Mari kita lihat pula tentang aurat lelaki.

1. Aurat lelaki daripada bawah pusat ke bawah lutut (bermaksud lutut termasuk aurat). Antara dalilnya:

Daripada Amr bin Shuayb daripaad bapanya, daripada datuknya, “Sekiranya seseorang drpd kamu berkahwin dgn hamba perempuan, hamba lelaki atau pekerjanya, maka jgnlah kamu melihat selain drpd apa yg di atas pusat serta lutut. Sesungguhnya apa yg di bawah pusat hingga ke lutut itu adalah aurat.”[HR Daruqutni, Ahmad dan Abu Daud.Namun hadis ini dhaif]
Drpd Abi Ayyub, “Apa yg di atas kedua2 lutut itu adalah aurat dan apa yg di bawah lutut itu juga aurat.”[HR Daruqutni. Hadis ini gharib]

Mazhab Maliki 

Aurat terbahagi kpd 2:
1. Aurat berat(Mughalazah)
lelaki: kemaluan dubur dan hadapan.
perempuan: seluruh tubuhnya kecuali kaki, tangan, dada dan bahagian belakang setentang dada.
hamba perempuan: kedua2 punggung dan yg terdapat antaranya seperti dubur.

2. Aurat ringan(mukhafafah)
lelaki: selain aurat berat, iaitu antara pusat dan lutut.

Drpd Anas ra bhw di dalam perang Khaibar, Rasulullah saw telah terkoyak kain pada pehanya, sehingga aku ternampak keputihan pehanya.[HR Ahmad dan al-Bukhari]

Mazhab Syafi’i 

1. Aurat lelaki dgn lelaki asing dan jg bukan mahram ialah antara pusat dan lutut berdasarkan riwayat berikut:

Drpd Abu Sa’id al-Khudri, “Aurat org mu’min ialah antara pusat dan lututnya.”

“Jgnlah kamu mendedahkan pahamu dan jgnlah kamu melihat aha org yg hidup dan mati.”[HR Malik, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi]

Pendpt yg sahih di kalangan mazhab syafi’i, pusat dan lutu itu bukan aurat. Dalilnya:

Drpd Anas ra bhw di dalam perang Khaibar, Rasulullah saw telah terkoyak kain pada pehanya, sehingga aku ternampak keputihan pehanya.[HR Ahmad dan al-Bukhari]

tetapi diwajibkan menutup sebhgn dr lutut dan pusat itu bagi memenuhi tuntutan menutup aurat itu. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah;
‘Apa saja yg wajib tidak menjadi sempurna melainkan dgnnya, ia menjadi wajib

Mazhab Hanbali 

1. Aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut. Tetapi pusat dan lutut itu bukanlah aurat etapi hanyalah batas auratsptmana pendpt Syafi’iyyah. Dalilnya juga sama spt yg dilampirkan sblm ini.

Tetapi dalam sembahyang, bagi hanbaliah, wajib bahu ditutup sebelah berdasarkan dalil berikut:

Drpd Abu Hurairah bhw Rasulullah saw bersabda, “Jgnlah ada antara kalian mengerjakan solat dgn satu kain tanpa ada sesuatupun apapun di atas bahu.”[HR Bukhari, Muslim dan lain2]

Org lelaki juga ketika sendirian diwajibkan menutup aurat berdasarkan dalil yg diberikan sebelum ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s