Perhiasan Rumah Yang Dilarang Islam

 

Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirehat. Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah. Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang dan perhiasan yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.

Dalam hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yg menyenangkan hati.”
Manakala dalam surah an-Nahl (80),  Allah s.w.t. berfirman : “Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yg menyenangkan.”
Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak seharusnya wujud unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung. Ini kerana, dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung.”

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya.

Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.

CACATKAN ANGGOTA PATUNG

Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti mematahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung.

Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu.”  Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok. (Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akn diagung-agungkan. Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam krn permainan sebegini ini sekurang-kurang nya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak2 mereka.
TIDAK BERNYAWA

Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan atau benda yg tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gmbr berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar orang kafir (orang bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah s.w.t.  Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.
Menggantungkan gambar-gambar orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh. Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjadi kenangan.
SEKSAAN HARI KIAMAT

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yang diperbuat daripda emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya. Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan atau jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.

Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan. Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakkan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akann menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, paad hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu.

Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja  merupakan satu seksaan dan penghinaan keraan bukan kerja manusia meniupkan roh.
Sumber: http://www.myberita.com/perhiasan-rumah-yang-dilarang-islam/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s