Petua Untuk Elakkan Rambut Gugur

 

Pilihan 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Pilihan 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Pilihan 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Pilihan 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

Pilihan 5: Ambil kulit landak, lalu dibakar. Kemudian masak dalam minyak zaitun. Seterusnya anda minyakkanlah rambut anda dengannya selama 9 hari.

Pilihan 6: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

Pilihan 7: Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

Pilihan 8: Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas itu biarkan selama ½ jam. Seterusnya bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran.

Pilihan 9: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Pilihan 10: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Pilihan 11: Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.

Pilihan 12: Selepas syampu rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.

Pilihan 13: Ramas pisang dan campur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda. Kemudian syampu (sebaik-baiknya syampu herba) dan conditioner.

Pilihan 14: Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan pada kuit kepala seeloknya pada waktu malam.
Pilihan 15: Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya dan sapukan pada kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu hingga rambut baharu kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Pilihan 16. Ambil sedikit arang dan tumbuk hingga lumat. Kemudian campurkan dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini diseluruh rambut dan biarkan 1 hingga 2 jam. Bilas dan keringkan. Lakukan seminggu sekali atau dua kali sebelum bersyampu.

Pilihan 17: Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dahulu kulitnya. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai (yang berwarna putih) dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu selama 30 minit dan cucilah sampai bersih. Anda juga boleh biarkannya semalaman. Sebelum tidur, gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tidak meleleh ke bantal nanti. Amalkan petua ini hanya sekali dalam seminggu.

Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s