Doa Nabi Ibrahim Agar Keluarga Mendapat Keampunan

Blog Peribadirasulullah

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1.0-9/s403x403/10296641_682346271802125_8668598692819737630_n.jpg Keterangan ayat:

Nabi Ibrahim a.s. berdoa kepada Allah agar baginda dan zuriatnya
kekal mendirikan solat, menjaga dan memeliharanya pada
waktunya. Baginda lantas memohon keampunan terhadap
kesilapannya sebelum menjadi nabi. Sesetengah pentafsir
mengatakan memohon keampunan daripada seorang nabi
sebenarnya untuk menunjukkan pengabdian diri secara mutlak
kepada Allah (ziadah al-ismah) dan ia termasuk dalam kategori
tawaduk para nabi. Baginda turut meminta ampun untuk ayah
dan ibunya yang beriman sebelumnya dan sekalian orang
beriman sehingga berlaku hari kiamat. Ayat ini juga menjadi
berita gembira tentang keampunan Allah yang bakal diberi
kepada hamba-hamba yang taat kepada-Nya. (Tafsir al-Khazin,
tafsir ayat 35, surah Ibrahim)

Khasiat dan kaifiat beramal :

Pengajaran penting daripada ayat ini ialah kita perlu mencontohi
amalan mulia Nabi Ibrahim a.s. yang sentiasa mencari keredhaan
Allah dan keampunan-Nya. Amalkan doa ini agar kita menjadi
orang yang istiqamah bersolat dan terselamat daripada dosa
besar.

https://www.facebook.com/TelagaBiruFC

View original post

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s