Gallery

MLM atau Maulid?

taalim

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdullillah dengan nikmat kesihatan, nikmat kawan, nikmat keluarga, nikmat tempat tinggal, nikmat kereta, nikmat kerja seharian, nikmat pancaindera dan segalanya yang Allah kurniakan kepada kita.

Alhamdulillah, banyak nikmat yang diberi kepada hambaNya, sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

hari ini Jumaat, 6 Februari 2015.

sungguh pantas masa berlalu, sedangkan manusia sedang mengejarnya dek kerna jauh ketinggalan di belakang.

ya hari juga adalah Final MLM. MLM adalah Maharaja Lawak Mega. bagi peminat setia ia adalah suatu kemestian untuk berada di depan TV pada pukul 10.00 malam, setiap jumaat. tapi sayangnya sahabat, tatapan jiwa tersebut adalah sementara dan lawak – lawak tersebut membuatkan kita lalai. dulu, aku juga begitu. menghilangkan stress katanya. sebenarnya tiada salah dan tiada silapnya jika kita menonton, cuma apakah faedah yang diperolehi ? perlahan – lahanlah ubah persepsi kita untuk minat ke arah program keagamaan dan motivasi.

ayuh, penuhi hujung minggu kita dengan rancangan keagamaan. sungguh diri ini kerdil dan kurang dalam mendalami ilmu agama, ya Allah. Ya Allah, aku mohon kepadaMu, bukakan pintu hati sahabat handaiku dan berikan mereka hidayah untuk mendalami ilmu agama. Matikanlah kami dalam keimanan, ya Allah. Air laut ada pasang surutnya, begitulah Kau jadikan manusia, turun dan naik imannya. Maka, janganlah Kau bolak – balikkkan hati kami ini. Tetapkan kami dalam Islam dan ajarannya. Perkenankan doa kami, ya Allah.

malam ini seperti biasa, malam istimewa, majlis maulid bulanan anjuran majlis taa’lim darul murtadza. yang mana satukah pilihanmu wahai sahabat, yang sementara atau yang kekal abadi?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s