Masa

Hari ini bawa Harith pergi suntik imunisasi 6 bulan. Sekejap sahaja masa berlalu dan gua adalah seorang ibu. Tingkah laku dan adab tatasusila mestilah dipertingkat dan dijagai kerana semuanya akan dirakam, dicontohi oleh anak-anak. Jadi gua akan bahasakan diri gua mak pula selepas ini, ke bonda? Lagi syahdu kan =)

Advertisements
By zatisikucinghitam Posted in manusia

Think of Me

think of me.

think of me.

Think of me, think of me fondly
When we’ve said goodbye
Remember me, once in a while
Please, promise me you’ll try

And you’ll find that once again you long
To take your heart back and be free
If you ever find a moment
Spare a thought for me

We never said “our love was evergreen”
Or “as unchanging as the sea”
But if you can still remember,
Stop and think of me

Think of all the things
We’ve shared and seen
Don’t think about the way
Things might have been

Think of me, think of me waking
Silent and resigned
Imagine me trying too hard
To put you from my mind

Recall those days, look back on all those times
Think of the things we’ll never do
There will never be a day
When I won’t think of you

Can it be?
Can it be Christine? Bravo!
Long ago, it seemed so long ago
How young and innocent we were
She may not remember me,
But I remember her

Flowers fade, the fruit of summer fade
They have their seasons, so do we
But please promise me that sometimes
You will think of me!

10 Pesanan Imam Shafie Yang Perlu Diikuti

” Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara”:

1. Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan, dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada malaikat maut: mengadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapat kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.

3. Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Munkar dan Nakir: tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. Hak kepada Nabi Muhammad S.A.W.: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayngi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kepada ALLAH s.w.t.: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Manusia Kurang Bermasyarakat

 

[ Sumber:  it @Metro Rabu, 10 Oktober 2012 ]

laman sosial atau dikenali dengan nama komersial ‘dunia tanpa sempadan’. semua maklumat boleh didapati walaupun dengan jarak jauh melalui hujung jari. kenapa hujung jari bukan hujung kaki? sebab kita menggunakan jari untuk menaip, menyentuh telefon pintar, ipad dan gadjet-gadget lain yang canggih.

semakin lama, manusia semakin bergantung dengan teknologi untuk memudahkan perkara seharian. ianya menjadi punca manusia semakin kurang bersosial dan bermasyarakat. ini berpunca daripada pengguna yang menghabiskan masa berjam-jam di depan PC atau komputer [termasukla kita yang sedang mengadap skrin sekarang ini.]

cuba sekali-sekala anda, [nak banyak kali pon boleh] menaip nama anda sendiri, nama member, nama adik anda, nama kucing anda [kebarangkalian ada], nama BFF, nama orang anda minat, nama idola, nama retis [kompom belambak] dan apa yang anda nak cari kat Google tuh.

sekurang-kurangnya akan terpampang la dalam 1 page keputusan yang memaparkan link laman web yang mengandungi nama anda dan seangkatan dengannya. selalunya, link yang dipaparkan adalah daripada Facebook dan beberapa laman web yang sememangnya public.

jadi, kita mengambil contoh laman Facebook, terdapat beberapa kesalahan ketika kita mengendalikan laman tersebut. Antaranya:

1. kata laluan lemah. ESET (syarikat keselamatan online) mendedahkan kata laluan kerap digunakan:

-password

-123456

-12345678

-1234

-qwerty

-12345

-dragon

-pussy

-baseball

-football

-letmein

-monkey

-696969

-abc123

-mustang

-michael

-shadow

-master

-jennifer

-111111

-2000

-jordan

-superman

-harley

-1234567

2. suka dedahkan maklumat peribadi yang penting.

3. satu e-mel untuk facebook dan kerja.

4. mengabaikan fungsi ‘Facebook Security Alerts’.

5. mengabaikan ikon ‘Privacy’ facebook.

6. selalu ‘Check In’ pada facebook.

7. dedah album foto untuk semua.

8. gemar ‘Like’ pada apa jua ‘Page’.

9. taip apa saja dalam status.

10. dedahkan keluarga.

kalau nak describe satu-satu banyak jugakla. jadi, kita ingat keyword sahaja ya.

for those who was addicted with internet, remember your life is precious. spent time with your family, members and beloved one.  that’s all. enjoy our life with happiness.

Birthday Troll

untuk 1 Januari 2013 ini.

dimulai dengan adegan gila.

inilah gara apabila melakukang dua perkerjaan serentak.

salah FB la semua ni ruang kotak kecik sangat.

sampai aku tak nampak pos apa.

sila jangan stalk. tak baik tau!

sila jangan stalk. tak baik tau!

By zatisikucinghitam Posted in manusia

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Rumahtangga Sentiasa Bahagia

1. Selepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35):
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.”
By zatisikucinghitam Posted in manusia

muhasabah diri~

Minta daripada Allah

Memberi kepada manusia.

wahai sahabat, luaskanlah pengertian kamu terhadap rezeki dan syukur. 

bersyukurlah jika engkau memiliki bibir di mana kau mampu tersenyum dan sekaligus bersedekah.

bersyukurlah jika engkau memiliki kaki di mana kau mampu berjalan.

bersyukurlah jika engkau memiliki ibu di mana dia mampu memberkatkan doamu.

bersyukurlah jika engkau memiliki ayah di mana dia sentiasa memarahimu.

bersyukurlah jika engkau belajar di universiti di mana kau mampu belajar daripada  kau bekerja  membantu keluarga.

bersyukurlah jika engkau memiliki duit yang sedikit di mana kau ada biskut dalam tin dan 3 in 1.

bersyukurlah jika engkau menang lucky draw dapat pemadam di mana kau mampu orang lain yg tak dapat langsung.

bersyukurlah jika engkau memiliki tubuh badan yg sempurna di mana orang lain tidak sempurnamu.

bersyukurlah jika engkau mampu mengucap Alhamdulillah  di mana kau tergerak hati untuk mengucapnya.

By zatisikucinghitam Posted in manusia

PERKAHWINAN,HANTARAN DAN ZINA.

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe.

Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti.

Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah.
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu.
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni.
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki.
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh)Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak.
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa.

Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

 

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

 

Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

 

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula?
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

 

Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32).

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

 

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

friends forever =)

fake friends – never ask for foods

real friends – are the reason you have NO food

fake friends – call your parents Mr/Mrs

real friends – call your parents Dad/Mom

fake friends – have never seen you cry

real friends – cry with you

fake friends – borrow your stuff for a few days then give it back

real friends – keep your stuff so long they forget it’s yours

fake friends – know about you

real friends – could write a book about you

fake friends – would knock on your front door

real friends – walk right in and say i’m home

fake friends – will help you up when you fall over

real friends – will jump on top of you and shout (dog-pile)

fake friends – are around for life

real friends – are for life

fake friends – say love you in a joking manner

real friends – say i love you and they mean it

fake friends – will read this

real friends – will STEAL this

By zatisikucinghitam Posted in manusia